JULAI 2022

Isteri Premier Sarawak Hadiri Majlis Perasmian Persidangan Ke 13 ACWW Kawasan Asia Tenggara Dan Timur Jauh


KUCHING: Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli menghadiri majlis perasmian Persidangan Ke-13 Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) Kawasan Asia Tenggara Dan Timur Jauh di Hotel Grand Margherita di sini pagi tadi. 

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah menyempurnakan gimik perasmian persidangan tersebut yang berlangsung dari 4 hingga 6 Julai 2022.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Penaung Institut Persekutuan Wanita Sarawak (SFWI) Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Sumber dari : Sarawakku